InstaForex

Tips2 penting jika anda nak trading forex?


Kenapa anda nak trading forex? Adakah sebab gaji anda tak cukup? Atau sebab anda nak tambah pendapatan? Mungkin juga sebab ajakan dari kawan? Walau apapun sebab anda, sila ikuti tip2 ini jika anda benar2 serius dalam forex.

Ikuti tip2 ini jika anda benar2 ingin serius dalam forex:
  1. Jangan trading forex jika anda terdesak - Jika anda dalam keadaan terdesak mencari duit sampingan jangan sesekali anda trading forex. Kerana forex ini memerlukan masa dan minda yang tenang terutama dalam proses pembelajaran dan juga semasa trading. Jika anda terdesak anda tidak akan mampu mewujudkan elemen2 penting ini.
  2. Trading forex bukan kerana duit semata-mata - Jika anda trading forex semata-mata duit saya bimbang anda akan cepat kecewa dipertengahan jalan jika ia tidak tercapai. Forex bukanlah duit semata-mata tetapi ianya adalah bidang bisnes yang memerlukan anda menghayatinya dengan sepenuh hati.Niatkan didalam hati jika anda berjaya suatu hari nanti anda akan membantu lebih ramai orang supaya turut berjaya seperti anda.
  3. Trading forex menggunakan wang lebihan - Jika anda tidak mempunyai wang lebihan jangan sesekali anda trading forex kerana dibimbangi jika anda mengalami kerugian ianya akan memberikan kesan yang besar dalam kehidupan anda.
  4. Jangan sesekali trading menggunakan duit orang lain - Trading forex menggunakan wang anda sendiri. Jangan sesekali menggunakan wang orang lain ataupun cuba trading akaun orang walaupun niat anda ikhlas membantu. Kerana bidang forex ini memerlukan orang itu berdikari 100%. Jika seseorang itu memohon bantuan anda menjalankan forex trading bagi pihaknya, jalan terbaik adalah tolak dengan baik. Jelas disini orang itu tidak sesuai didalam bidang ini.
Sila share jika anda rasa artikal ini berguna untuk diri anda dan orang lain...
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment