Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih pada Ahad berkata beliau telah menjemput Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak untuk bertemu dengan menteri tenaga Teluk Arab di Riyadh untuk meningkatkan kerjasama ahli bukan OPEC yang bertujuan untuk mengukuhkan pasaran minyak.
Falih berkata Rusia adalah salah satu pengeluar minyak terbesar di dunia, dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kestabilan pasaran minyak. Menteri tenaga Arab Saudi berkata rakan sejawatannya dari Rusia menyambut baik jemputan itu.
Novak memberitahu pada Jumaat bahawa beliau akan mengambil "beberapa" cadangan untuk mesyuarat di Riyadh.
Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak di Algiers, yang bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 32.5 hingga 33 juta tong sehari (bpd).
"Mesyuarat Algeria bulan lalu telah berjaya mencapai kata sepakat di antara pengeluar minyak dan negara-negara pengguna dan memasukkan perbincangan penting di antara pakar-pakar dari negara-negara OPEC dan bukan OPEC mengenai pasaran minyak" kata Falih.
0 comments :
Post a Comment