
Mereka mengugut meminta saya menggantikan semua akaun mereka yang telah lost. Tak masuk akal langsung
Inilah antara peristiwa suka duka yang terjadi kepada saya ketika masih lagi bergelar makan gaji.
Rakan sekerja mula menunjukkan minat mendalam terhadap forex setelah melihat perubahan yang berlaku pada diri saya. Saya pun memberikan tunjuk ajar bermula dari asas secara percuma dengan niat membantu rakan. Lagipun, saya tak nak dikatakan makan sorang.
Tidak lama kemudian, mereka memulakan real akaun diatas nama masing-masing dengan jumlah deposit yang rendah. Setelah mereka semakin yakin mereka mula menambah deposit dengan jumlah yang lebih besar.
Diperingkat awalnya mereka dapat membuat profit dan membuat withdrawal. Ianya berterusan selama hampir setahun. Mereka semua gembira termasuk saya tumpang gembira. Namun langit tidak selalunya cerah. Pada tahun kedua pasaran agak mengganas. Disini mereka mula menjadi panik kerana akaun mereka mula menjadi negavif yang semakin lama semakin parah.
Diringkaskan cerita akaun mereka semua MC. Namun apa yang berlaku selepas itu amat mengejutkan saya. Mereka mengatur perjumpaan dengan saya disuatu tempat. Tanpa saya mengesyaki apa-apa saya pun ikut sahaja.
Ditempat tersebut mereka secara beramai-ramai mula mengugut meminta saya menggantikan kesemua duit mereka yang telah rugi. Walaupun saya berkata akaun mereka MC dan bukannya deposit hilang atau dicuri broker, tetapi mereka semua beranggapan bahawa kesemua duit mereka yang telah rugi tersebut sebenarnya telah masuk kedalam poket saya walaupun dari history akaun dapat dilihat memang sah akaun mereka MC. Saya pun tak faham bagaimana mereka boleh berfikir begitu. Samaada mereka tidak faham lagi selama ini bagaimana forex beroperasi ataupun buat buat-buat tak faham.
Peristiwa ini amat memberikan kesan yang kepada saya dan keluarga kerana hampir setiap hari saya menerima ugutan-ugutan dari mereka. Untuk mengelakkan keadaan semakin teruk saya mengeluarkan duit sendiri menggantikan hampir 50% setiap orang.
Satu pengajaran penting yang saya belajar disebalik kejadian ini ialah walupun niat kita baik untuk membantu namun buat baik biarlah berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.
Sekarang ini saya lebih berhati-hati terutama apabila berjumpa orang baru yang ingin belajar forex. Bukan apa tak ingin pokok pisang berbuah dua kali.
Sekarang ini saya lebih berhati-hati terutama apabila berjumpa orang baru yang ingin belajar forex. Bukan apa tak ingin pokok pisang berbuah dua kali.

0 comments :
Post a Comment