InstaForex

Dolar Stabil Berikutan Tumpuan Dasar Fed


Dolar AS diniagakan sedikit melemah untuk hari kedua berturut-turut manakala pelabur mendapatkan keuntungan daripada pengukuhan dolar baru-baru ini dan juga penilaian jika Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah pada akhir tahun. Dolar AS melonjak hampir tiga peratus sejak akhir September. Indeks dolar tidak berubah pada paras harga 97.890. Data ekonomi Amerika Syarikat yang melemah, termasuklah laporan jualan runcit yang mengecewakan telah menyebabkan pelabur mendapat sedikit keuntungan. Laporan terkini menunjukkan bahawa harga pengguna AS telah mencatatkan keuntungan terbesar mereka dalam tempoh lima bulan pada Disember. Antara mata wang terbaik berbanding dolar A.S. adalah pound British, merekodkan kenaikkan 0.92 peratus pada harga AS$ 1.2294. Peserta pasaran juga menumpukan perhatian mereka pada mesyuarat Bank Pusat Eropah yang dijangka akan mengekalkan dasar tidak berubah, menurut beberapa orang peniaga yang terlibat dalam kajian Reuters.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment