InstaForex

Eksport September Jepun Merosot Ekoran Pengukuhan Yen


Eksport Jepun mencatatkan penurunan untuk bulan eke-12 berturut-turut pada asas tahun ke tahun sebagaimana ia jatuh 6.9% pada bulan September, berikutan penurunan 9.6% pada bulan Ogos didorong oleh faktor pengukuhan yen yang telah menurunkan harga eksport. Walau bagaimanapun, peningkatan yang dilaporkan dalam jumlah penghantaran mengurangkan beberapa kebimbangan kerana ia lebih merujuk kepada kemungkinan peningkatan dalam permintaan.

Data rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menunjukkan eksport terjejas oleh penghantaran kenderaan yang terikat untuk penghantaran ke Amerika Syarikat, bahagian-bahagian elektronik yang terikat dengan China dan eksport keluli. Penghantaran ke Asia dan Amerika Syarikat masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 8.4% dan 8.7%, sementara eksport ke Kesatuan Eropah meningkat sebanyak 0.7%.

Meskipun bacaan adalah mengecewakan, namun keputusan itu dianggap masih lebih baik berbanding ramalan purata oleh penganalisis yang mengunjurkan penurunan 10.4% sebagaimana yen merekodkan kenaikkan sebanyak 16% berbanding dolar AS tahun ke tahun mencecah nilai eksport.

Sementara itu, jumlah eksport meningkat 4.7% pada bulan September berbanding tahun sebelumnya, kenaikkan yang paling cepat bagi tempoh hampir dua tahun dengan mencatatkan pertumbuhan bulan kedua.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment