InstaForex

Emas Diniagakan Mendatar Menunggu Keputusan Kadar AS


Emas diniagakan mendatar sebagaimana ia dipengaruhi oleh pengukuhan dolar AS berikutan tindakan pasaran yang masih menunggu isyarat-isyarat lain mengenai kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan. Pertaruhan bahawa Fed akan meningkatkan kadar telah memacu dolar ke paras tinggi sembilan bulan berbanding sekumpulan mata wang yang dihadkan keuntungan dalam emas.

Spot emas meningkat 0.3 peratus pada AS$ 1,270 per auns. Niaga hadapan emas AS menutup sesi dagangan dengan kenaikkan 0.2 peratus pada AS$ 1,269.50 per auns. Permintaan fizikal emas yang tinggi di India telah meningkatkan harga dan menghalang 'selloff', menurut penganalisis. Macquarie menganggarkan bahawa import emas dari China meningkat pada September sebanyak 58 peratus kepada AS$ 6 bilion bagi setiap 118 tan. SPDR Gold Trust mendakwa bahawa pegangan susut 1.49 peratus kepada 942.59 tan metrik.

Perak meningkat sebanyak 0.1 peratus pada AS$ 17.60 per auns dan platinum meningkat 0.2 peratus pada AS$ 963.75. Platinum menokok pada AS$ 970.80 manakala Palladium susut 1.5 peratus kepada AS$ 611.95.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment