
Kenali candlestick pattern Tweezer Tops/Buttons
Sebut saja candlestick pattern pasti ramai juga yang pening. Salah satu sebabnya terlalu banyak sangat bentuk dan nama yang perlu dihafal.
Sebenarnya tak perlu pun untuk anda hafal kesemua candlestick pattern. Memadai hanya beberapa bentuk yang mudah dan paling kerap berlaku. Senang bukan.
Dalam siri 1 ini kita akan belajar candlestick pattern Tweezer Tops/Buttons. Bentuk candlestick pattern ini seperti gambar diatas.
Terdapat 2 jenis Tweezer iaitu:
Tweezer Tops: Pasaran akan berubah arah dari uptrend kepada downtrend
Tweezer Buttons: Pasaran akan berubah arah dari downtrend kepada uptrend

Cara entry teknik ini kita perlu tunggu candlestick pattern sudah terbentuk dimana-mana snr. Contohnya seperti gambar diatas.
Okey itu gambaran dalam bentuk lukisan. Kalau dalam keadaan sebenar keadaannya adalah seperti gambar dibawah ini:

Nampak tak bila terbentuk saja Tweezer Top pasaran terus berubah arah.
Cuba anda ulangkaji pasaran-pasaran yang lepas dengan cuba mengenal pasti kehadiran Tweezer Tops/Buttons ini.
Okey kita jumpa lagi dalam siri candlestick pattern yang lain.

0 comments :
Post a Comment