InstaForex

Larangan Penggunaan Samsung Galaxy Note 7 dalam Pesawat Diperluaskan Berikutan Risiko Kebakaran


Larangan penggunaan alat peranti Samsung Electronic Co. Galaxy Note 7 oleh syarikat penerbangan meningkat pada kadar segera susulan laporan kejadian beberapa alat peranti itu terbakar. Beberapa penerbangan di Australia, Asia dan Eropah telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan penggunaan telefon tersebut di dalam pesawatnya, seminggu selepas pihak berkuasa AS mengumumkan pengharaman alat peranti itu pada semua penerbangan domestik dan antarabangsa dari lapangan terbangnya. Selain daripada beberapa buah syarikat penerbangan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap risiko kebakaran alat pernati itu, Air Berlin, Virgin Australia dan Dragonair ikut telah mengenakan larangan ke atas penggunaan alat peranti itu. Qantas dan anak syarikat Jetstar berkata dalam satu kenyataan bahawa larangan itu adalah terpakai kepada alat peranti yang dibawa ke dalam pesawat, dan juga bagasi 'carry-on' dan bagasi daftar masuk. Air Berlin telah mengenakan larangan pada alat peranti itu dan berkuatkuasa serta-merta. Pesaingnya, Lufthansa Its juga telah mengenakan larangan pada alat peranti itu dalam penerbangannya ke Amerika Syarikat, tetapi dilaporkan merancang untuk mengenakan sekatan ke atas semua penerbangan tidak lama lagi. Singapore Airlines mengumumkan melalui laman Facebook bahawa larangan untuk membawa alat peranti Note 7 ke dalam pesawat pada semua jenis penerbangan secara peribadi, dan juga bagasi 'carry-on' dan bagasi daftar masuk yang akan berkuatkuasa mulai 16 Oktober.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment