Mahkamah Chad mengenakan denda sebanyak AS$ 74 bilion terhadap Exxon Mobil, Bloomberg melaporkan. Jumlah ini adalah lima kali lebih besar daripada jumlah KDNK negara Afrika ini. Syarikat ini juga bertanggungjawab untuk membayar pampasan royalti berjumlah AS$ 819 juta. Penghakiman itu dibuat selepas kementerian kewangan Chad membuat aduan terhadap syarikat minyak AS berhubung dakwaan kegagalan membayar cukai. Wakil ExxonMobil, Todd Spitler berkata pertikaian itu berpunca daripada komitmen mengenai skim cukai yang dijalankan oleh kerajaan Chad sebelum itu. Spitler menegaskan bahawa ExxonMobil tidak bersetuju dengan keputusan ini dan berfikir untuk tindakan selanjutnya. Exxon menggunakan saluran paip bagi mengeksport minyak dari Chad ke terminal marin di Cameroon.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

0 comments :
Post a Comment