InstaForex

Noble Group Menjual Noble Americas Energy Solutions Kepada Calpine Corporation


Noble Group, pembekal produk pertanian, produk tenaga, logam dan peralatan industri, telah menandatangani perjanjian dengan syarikat tenaga Calpine Corporation berhubung penjualan unit Noble Americas Energy Solutions, Bloomberg memberitahu. Unit itu berpangkalan di Amerika Syarikat. Perjanjian itu bernilai AS$ 1.05 bilion. Noble Group berkata penjualan unit AS itu akan membantu memperbaiki keadaan kewangan syarikat yang telah terjejas akibat peningkatan jumlah kerugian, kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan kecairan. Pada Jun, agensi S&P Global Ratings telah menurunkan penarafan syarikat daripada B + kepada BB- dengan tinjauan negatif untuk kali kedua dalam tempoh setengah tahun. Pada 30 Mei lalu, Noble Group mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yusuf Alireza dan rancangan untuk menjual Noble Americas Energy Solutions. Selain itu, laporan yang dikeluarkan pada Februari menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai kerugian tahunan buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment