Pengeluar cip Amerika, Advanced Micro Devices Inc. mencatatkan peningkatan sebanyak 23.2 peratus dalam pendapatan suku tahunan berikutan peningkatan permintaan untuk cip grafik yang digunakan dalam konsol permainan.
Syarikat itu berkata kerugian bersih berkembang kepada AS$ 406 juta, atau 50 sen sesaham, pada suku ketiga yang berakhir pada 24 Sep berbanding AS$ 197 juta, atau 25 sen sesaham, tahun sebelumnya.
Pendapatan syarikat meningkat kepada AS$ 1.31 bilion daripada AS$ 1.06 bilion.
0 comments :
Post a Comment