InstaForex

Perolehan Bagi Suku Tahunan Global Coke Menurun


Pendapatan global Coca-Cola merosot 7% kepada AS$ 10.63 bilion pada suku ketiga tahun fiskal, merekodkan penurunan suku keenam berturut-turut berikutan permintaan bagi produk yang terus melemah. Keuntungan bersih juga jatuh sebanyak 28% kepada AS$ 1.05 bilion atau 24 sen sesaham dalam tempoh tiga bulan hingga September.

Syarikat itu mencatatkan perlarasan pendapatan pada 48 sen sesaham. Syarikat yang berpangkalan di Atlanta mencatatkan perolehan dan keuntungan sedikit lebih tinggi berbanding ramalan penganalisis, mendorong kepada kenaikkan saham hampir 1% kepada AS$ 42.88. Penganalisis meramalkan pendapatan 48 sen sesaham pada AS$ 10.51 bilion hasil perolehan.

Syarikat itu mencatatkan jualan di Amerika Latin dan Eropah, Timur Tengah dan wilayah Afrika yang mana masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 4% dalam jualan. Jumlah jualan di Amerika Utara meningkat 3% kepada AS$ 2.66 bilion dalam jumlah jualan minuman berkarbonat termasuk Fanta, Sprite dan Coca-Cola Zero meningkat, manakala jualan Diet Coke merosot. Sementara itu, jualan di Asia meningkat 3%.

Coca-Cola mengekalkan unjuran keuntungan 2016 dan turut mengumumkan enam tawaran francais baru dengan bottlers sebagaimana syarikat itu merancang untuk membuka 'refranchise' di wilayah Amerika Utara pada penghujung 2017.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment