
Majoriti saham Asia jatuh berikutan ucapan terkini Pengerusi Fed, Jannet Yellen dan ramalan untuk laporan ekonomi China. Indeks MSCI Asia Pacific susut sebanyak 0.3 peratus. Indeks Topix Jepun menurun 0.1 peratus yen dan di bawah paras 104 berbanding dolar AS. Pengerusi Fed, Janet Yellen memberitahu bahawa bank pusat akan membincangkan isu kadar faedah dan kemungkinan kenaikan kadar pada Disember adalah sekitar lebih 60 peratus. ASX Australia 200 susut 0.42 peratus dengan kebanyakan sektor yang lebih rendah. Sektor kewangan menurun 0.04 peratus dan sektor tenaga susut 1.16 peratus. Kospi Korea Selatan diniagakan tidak berubah pada para paras 2,022.41 manakala saham Samsung Electronics susut 0.02 peratus. Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.81 peratus. Indeks tanah besar China telah banyak berubah, berikutan komposit Shanghai berada pada paras 3,064.62 dan komposit Shenzhen pada paras 2,047.59. Penanda aras bagi pasaran Jepun Nikkei 225 meningkat 0.15 peratus sebagaimana saham mendapat rangsangan daripada yen. Dalam berita syarikat, saham Crown Resorts jatuh 9.73 peratus kepada 11.69 dolar Australia, selepas laporan mendakwa bahawa pekerja telah ditahan oleh pihak berkuasa di China.

0 comments :
Post a Comment