InstaForex

Saham Asia Melonjak Tinggi!


Saham-saham Asia diniagakan ke paras tinggi dua minggu yang didorong oleh perolehan korporat dan laporan ekonomi yang menunjukkan bahawa sektor pembuatan semakin mengukuh di Amerika Syarikat dan zon euro. Indeks MSCI Asia Pacific mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.2 peratus.

Nikkei Jepun meningkat 0.8 peratus manakala indeks Topix melonjak ke paras tinggi sejak Mei. Australia S&P/ASX 200 melantun semula daripada paras rendah satu minggu. Saham Taiwan meningkat sebanyak 0.6 peratus. Kospi Korea Selatan susut 0.7 peratus. Hotel Shilla Co. jatuh 7.3 peratus manakala AmorePacific Corp menjunam sepuluh peratus. Saham Nidec meningkat hampir 5.2 peratus dan SK Hynix menokok sebanyak dua peratus.

Won Korea Selatan diniagakan lemah 0.4 peratus berbanding dolar, penurunan harga didorong oleh faktor pertikaian dengan China dan kebimbangan mengenai eksport. Ekonomi Korea Selatan berkembang 0.7 peratus pada suku ketiga daripada tiga bulan sebelumnya, menurut laporan.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment