InstaForex

Saham Cree Jatuh 11% Selepas Laporan Suku Tahunan Yang Mengecewakan


Saham Cree Inc pada Rabu mencatatkan penurunan sebanyak 14 peratus selepas ia melaporkan pendapatan suku tahunan yang tidak memberansangkan. Bacaan turun 11 peratus ke paras harga AS$ 22.41 pada penghujung hari. Perolehan bagi pengeluar lighting-class LED pada suku pertama tahun fiskal 2017 turun 13 peratus kepada AS$ 371 juta berbanding AS$ 425 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2016. Pemimpin Cree kekal positif walaupun pertumbuhan lembap. Ketua Pegawai Eksekutif, Chuck Swoboda dalam satu kenyataan berkata, "Kami mencatatkan keputusan yang kukuh pada suku pertama fiskal, kerana product Lighting, LED dan Wolfspeed telah mencapai hasil perolehan dan margin kasar adalah selaras dengan sasaran kami." Sebelum pengumuman perolehan syarikat pada Selasa, saham Cree ini melonjak sehingga 40 sen dan ditutup pada paras harga AS$ 25.20.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment