
Samsung Electronics Co Ltd Korea Selatan pada Isnin berkata ia telah memulakan pengeluaran besar-besaran semikonduktor menggunakan teknologi 10-nanometer. Syarikat teknologi gergasi itu berkata teknologi 10-nanometer ini bakal digunakan oleh produk berteknologi yang dijadualkan akan dilancarkan awal tahun hadapan. Samsung tidak mengulas lanjut mengenai peranti itu. Elektronik Time bulan ini dalam laporannya memberitahu bahawa syarikat itu akan membekalkan cip untuk Qualcomm Inc, Snapdragon 830, yang akan menggunakan teknologi pengeluaran 10-nanometer dan pemproses ini akan digunakan dalam sebahagian daripada model telefon pintar baharu Samsung, Galaxy S yang dijangka dilancarkan pada awal 2017.

0 comments :
Post a Comment