Saudi Aramco pada Ahad menafikan laporan bahawa ia telah mengambilalih penapisan LynodellBasell Industries NV.
Sekurang-kurangnya tiga syarikat termasuk Aramco telah membida lebih AS$ 1 bilion bagi kilang penapisan di Houston, sumber-sumber rapat tentang perkara itu memberitahu kepada Reuters pada Jumaat. Sumber itu menambah bahawa syarikat minyak gergasi Arab Saudi itu dilihat sebagai peneraju utama dalam pasaran minyak.
Dalam satu kenyataan, Aramco menafikan laporan itu dengan berkata, "Syarikat tidak membuat bidaan untuk usahasama yang dikaitkan."
0 comments :
Post a Comment