InstaForex

Apa Kesan Gempa Bumi Keatas Matawang Jepun?


Saham Jepun dihentikan sementara pada Isnin berikutan lonjakan harga yang kuat sebagaimana para pelabur menjangkakan kesan daripada gempa bumi kuat yang telah melanda utara Jepun.

Purata saham Nikkei diniagakan tidak berubah pada paras 18, 101.72 dalam dagangan tengah hari. Menjelang pembukaan pasaran Tokyo, niaga hadapan Nikkei diniagakan di Amerika sedikit jatuh selepas gempa.

Gegaran juga telah mencetuskan tsunami di pantai Miyagi dan wilayah Fukushima. Tiada kematian dan kecederaan serius dilaporkan selepas kejadian gempa bumi itu.

Penganalisis meramalkan bahawa gempa bumi itu akan memberikan implikasi yang serius terhadap sentimen pelabur, memandangkan tidak ada penggantungan operasi pembuatan dilaporkan di rantau ini untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

Saham perlombongan menarik pembelian dan meneruskan kenaikan ekoran kenaikkan harga minyak global.

Sementara itu, pengeksport merekodkan bacaan melemah berikutan peningkatan yang sedikit dalam nilai yen. The Topix menokok 0.1% kepada 1, 443.85 manakala Index 400 Nikkei-JPX meningkat 0.1% kepada 12, 954.39.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment