Pasaran Saham Amerika Syarikat (AS) kembali mendaki ke paras tertinggi rekodnya dan pasaran ekuiti Eropah turut melonjak dengan peningkatan harga minyak dunia yang memberikan sokongan teknikal kepada sektor tenaga.
Brent naik 4.4 peratus kepada AS$48.90 dan Minyak mentah AS didagangkan 3.9 peratus lebih tinggi kepada AS$47.49 selepas mencapai paras tertinggi sekitar tiga minggu lalu apabila dolar AS semakin lemah.
Ia susulan kenyataan Presiden Russia, Vladimir Putin yang memberi harapan pelabur menjangkakan pengeluar minyak dunia akan mencapai perjanjian menetapkan had pengeluaran dalam mesyuarat akan datang bagi menstabilkan harga minyak.
Penanda aras saham AS termasuk, indeks tenaga S&P mencatatkan kenaikan 2.2 peratus sekali gus menjadi sektor paling berprestasi untuk ditutup di paras tertingginya dalam tempoh 16 bulan.
Dow Jones naik 88.76 mata atau 0.47 peratus kepada 18,956.69, S&P 500 naik 16.28 mata atau 0.75 peratus kepada 2,198.18 dan Nasdaq Composite menambah 47.35 mata atau 0.89 peratus kepada 5,368.86.
Paras rekod tertinggi dicatatkan sepanjang dagangan ketiga-tiga indeks utama Wall Street namun jumlah penyertaan masih rendah menjelang musim cuti umum Thanksgiving Day pada Khamis ini.

0 comments :
Post a Comment