InstaForex

Dagangan Minyak Statik Awal Pagi Ini


Dagangan minyak agak statik awal pagi ini disebabkan ketidak tentuan menjelang perancangan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran, selain mudah tunai yang perlahan selepas cuti umum 'Thanksgiving' AS.

Niaga hadapan Brent diniagakan AS$48.97 pada 0102 GMT, jatuh tiga 3 cents dari penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pula pada AS$47.97 setong, naik satu cent dari penutup sebelum ini.

Peniaga berkata, aktiviti pasaran perlahan kerana cuti umum di AS, manakala keengganan peniaga untuk melakukan pertaruhan besar berikutan perancangan pengurangan bekalan oleh OPEC.

OPEC yang dijadualkan bertemu 30 November ini dijangka untuk membincangkan kemungkinan pengurangan pengeluaran dan potensi ia disertai oleh negara bukan OPEC seperti Russia.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat sama ada semua negara pengeluar bersetuju dengan cadangan itu, termasuk dalam aspek jumlah pengurangannya.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment