InstaForex

Emas Diniagakan Lebih Rendah Selepas Clinton Disahkan Bebas Oleh FBI


Emas diniagakan rendah manakala dolar dan saham AS semakin mengukuh selepas kenyataan FBI bahawa tidak ada tuduhan jenayah terhadap calon Demokrat Hillary Clinton menjelang dua hari sebelum pilihan raya presiden AS. Spot emas turun 0.7 peratus pada $ 1,295.01 per ounce. Niaga hadapan emas AS mencatatkan penurunan sebanyak 0.7 peratus kepada AS$ 1,295.80 per auns. Saham melonjak tinggi dan dolar mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama berikutan pendirian FBI bahawa ia kekal dengan keputusan sebelum ini bahawa tidak ada tuduhan jenayah disabitkan ke atas calon presiden AS, Clinton. Indeks dolar meningkat 0.22 peratus pada 97.283. Data kerajaan AS menunjukkan bahawa dana lindung nilai dan pengurus wang meningkatkan kedudukanbersih mereka di kontrak emas COMEX untuk minggu kedua berturut-turut dan kenaikkan harga perak. Harga emas di India pula diniagakan tidak menentu ekoran diskaun pada minggu ke 4 November Dengan kenaikan harga menurunkan permintaan runcit dan menggesa barang kemas untuk mengurangkan pembelian.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment