InstaForex

Emas Diniagakan Tinggi Berikutan Kemerosotan Dollar AS


Emas diniagakan lebih tinggi selepas jatuh ke paras rendah 9 ½ bulan semasa sesi dagangan sebelumnya, ekoran kemerosotan dolar AS selepas mencecah paras tinggi 14 tahun pada minggu lalu.

Spot emas meningkat sebanyak 0.55 peratus pada AS$ 1,189.43 per auns. Niaga hadapan emas AS mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.9 peratus kepada AS$ 1,189.0 per auns.

Harga minyak jatuh ekoran kebimbangan bahawa negara-negara pengeluar mungkin gagal mencapai perjanjian muktamad untuk pemotongan pengeluaran, memberikan tekanan ke atas niaga hadapan saham AS dan saham Asia.

Emas premium di China meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun pada minggu 25 Nov berikutan ketidaktentuan mengenai kekurangan bekalan peniaga telah memaksa Beijing untuk menyekat lesen import.

SPDR Gold Trust berkata pegangannya susut 0.73 peratus kepada 885.04 tan pada Jumaat.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment