InstaForex

Emas Melonjak Naik Ke Paras Tinggi!


Harga emas diniagakan tinggi ke paras tertinggi dalam tempoh empat minggu, disokong oleh kejatuhan dolar AS dan ketidaktentuan mengenai pilihan raya presiden AS. Penghantaran emas untuk Disember meningkat sebanyak 1.2 peratus pada paras harga AS$ 1,288.00 per troy auns di Comex New York Mercantile Exchange.

Peningkatan kebimbangan mengenai kesan ekonomi pilihan raya AS telah mendotong kepada peningkatan harga emas, menurut penganalisis. Para pelabur juga dilihat sedang menunggu mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS untuk mendapatkan isyarat lanjut mengenai kenaikan kadar faedah tahun ini. Peniaga meramalkan 73.6 peratus kemungkinan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini, menurut FedWatch Tool CME Group.

Perak, platinum dan palladium masing-masing merekodkan kenaikkan. Tolok 16 pengeluar kanan emas global meningkat hampir 3.4 peratus, yang diketuai oleh Gold Fields Bhd dan Harmony Gold Mining Co.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment