InstaForex

Emas Mencecah Paras Rendah Lapan Bulan Berikutan Pengukuhan Dolar


Harga emas menjunam ke paras rendah lapan bulan, penurunan harga ini didorong oleh pengukuhan mata wang dolar Amerika Syarikat dan jangkaan kenaikan kadar faedah pada akhir tahun.

Penghantaran emas bagi bulan Disember mencatatkan penurunan sebanyak 1.8 peratus kepada AS$ 1,189.30 per troy auns di Comex New York Mercantile Exchange.

Spot emas susut 1.9 peratus kepada AS$ 1,188.82 per auns. Indeks Dolar WSJ meningkat 0.6 peratus pada 91.86.

Kenaikkan harga pada mata wang AS telah menyebabkan emas dalam denominasi dolar menjadi lebih mahal untuk pembeli asing.

Kadar harga yang lebih tinggi cenderung untuk menjejaskan emas, yang tidak memberikan keuntungan kepada pemegang dan bersaing dengan aset hasil berfaedah apabila kos pinjaman meningkat.

Peniaga meramalkan 100 peratus kemungkinan kenaikan kadar faedah pada Disember, mengikut Tool FedWatch CME Group.

Perak jatuh sebanyak tiga peratus kepada AS$ 16.14 per auns. Platinum susut satu peratus pada AS$ 927.40 manakala palladium turun 0.5 peratus pada AS$ 736.50.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment