InstaForex

Harga Minyak Medatar Berikutan Ketidaktentuan Berhubung Perjanjian OPEC


Harga minyak diniagakan sedikit berubah berikutan ketidaktentuan menjelang keputusan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak mentah oleh OPEC dan dagangan perlahan sempena sambutan Hari Kesyukuran AS yang telah menghalang peniaga daripada mengambil pertaruhan besar ke atas pasaran.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 5 sen dan diniagakan pada paras AS$ 49.00 setong.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah WTI AS diniagakan pada paras harga AS$ 48.04 setong, naik 8 sen dari bacaan akhir.

Aktiviti pasaran yang perlahan adalah disebabkan oleh sambutan Hari Kesyukuran AS. Para pedagang juga berasa berat untuk membuat pertaruhan besar kerana ketidaktentuan berhubung perjanjian pemotongan pengeluaran minyak, yang dianjurkan oleh OPEC.

Pengeluar kartel dijadualkan akan berhimpun pada 30 November untuk mencapai kata akhir mengenai pemotongan pengeluaran, kemungkinan besar bersama dengan pengeluar bukan-OPEC, Rusia.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pertikaian dalam kumpulan itu sebagaimana negara-negara anggota perlu mengurangkan pengeluaran mereka dan berapa jumlah pengurangan mereka dibenarkan.

Walaupun majoriti penganalisis yakin bahawa OPEC akan mencapai perjanjian pemotongan pengeluaran ini, namun ia adalah tidak pasti sama ada ia akan menjadi cukup kuat untuk menyokong pasaran yang telah dibelenggu oleh lebihan bekalan untuk tempoh lebih daripada dua tahun.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment