InstaForex

Harga Minyak Naik 1%


Harga minyak menokok sekitar satu peratus dalam dagangan awal pagi ini apabila Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) semakin hampir menyekat pengeluaran untuk mengekang lebihan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan AS$47.35 setong pada 0023 GMT, naik 49 sen atau 1.05 peratus berbanding penutup sebelumnya.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik 0.98 peratus atau 44 sen kepada AS$46.14 setong.

Peniaga berkata, pasaran disokong menerusi rancangan oleh OPEC bagi mengehadkan pengeluaran dalam usaha menaikkan pasaran berikutan lebih dua tahun mengalami harga rendah akibat permintaan melebihi bekalan.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment