InstaForex

Harga Minyak Tinggi Menjelang Mesyuarat OPEC


Harga minyak meningkat pagi ini menunggu pengurangan pengeluaran minyak mentah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dirancang dimuktamadkan akhir bulan ini.

Bagaimanapun, dagangan lengang menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS) esok. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$46.13 menjelang 0128 GMT, meningkat 10 cent daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$49.22 satu tong, meningkat 10 cent. Penganalisis komoditi Reuters, Wang Tao, berkata Brent akan meningkat kepada AS 49.85 satu tong, paras yang ditandakan oleh beberapa faktor rintangan teknikal.

Walaupun berlaku sedikit kenaikan hari ini, penganalisis berkata pasaran pada masa ini tidak bersedia untuk melonjakkan harga minyak melepasi AS$50 satu tong atau lebih tinggi.

"Pasaran dilihat tidak bersedia menaikkan harga minyak ke paras AS$50 satu tong sebelum cuti Hari Kesyukuran esok," kata penganalisis pasaran kanan firma pembrokeran OANDA di Singapura, Jeffrey Halley.

"Angka Inventori Minyak Mentah AS malam ini akan memberikan gambaran yang dialu-alukan, walaupun bersifat sementara kepada situasi utama di OPEC.

"Jika tidak, kami menjangkakan Asia akan meneruskan paras dagangan lengang," kata Halley. Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) akan mengeluarkan data inventori produk diproses dan minyak mentah AS lewat hari ini.

Peniaga rata-rata menjangkakan OPEC akan berjaya melaksanakan pengurangan pengeluaran, yang akan dibincangkan 30 November ini, bagi mengukuhkan harga minyak.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment