InstaForex

Kejatuhan Nikkei Tokyo Didorong Oleh Stok Kewangan Ekoran Operasi Bon BOJ


Purata saham Nikkei Jepun mencatatkan penurunan sebanyak 0.1% pada 17, 848,79, mencerminkan kelemahan Wall Street sebagaimana tindakan Bank Jepun yang buat pertama kalinya membenarkan pembelian bon tanpa had pada kadar telah menjejaskan saham kewangan.

BOJ telah memulakan operasi pembelian hutang yang pertama pada pertengahan pagi Khamis untuk mengawal kadar hasil bon kerajaan, yang akan mendorong kepada kenaikkan indeks ke paras yang positif kerana dolar telah mengurangkan jumlah kerugian berbanding yen.

Walau bagaimanapun, kenaikan harga tidak kekal lama sebagaimana ia telah ditarik semula ke paras negatif semasa sesi dagangan tengah hari.

Kewangan termasuk saham bank dan penanggung insurans telah mendapat manfaat daripada peningkatan hasil Perbendaharaan AS dan hasil JGB, kejatuhan pengambilan untung pelabur membawa kepada penurunan dalam sesi dagangan.

Penurunan menjadi semakin ketara selepas Gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda menyatakan bahawa adalah tidak perlu untuk beliau menerima kenaikan kadar hasil JGB hanya kerana kadar hasil bon kerajaan AS yang juga semakin meningkat.

Broader Topix susut sebanyak 0.1% kepada 1,420.58 manakala Indeks JPX-Nikkei 400 merosot sebanyak 0.1% kepada 12, 761,78.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment