InstaForex

Pasaran Asia Meningkat Hari Ini


Pasaran Asia kebanyakan meningkat pada Selasa selepas aktiviti jualan besar-besaran semalam, sementara dolar susut berbanding kebanyakan mata wang lain namun peniaga kekal positif terhadap pelan Donald Trump berhubung perjanjian perdagangan bebas.

Walaupun saham di ekonomi maju mencatat peningkatan dan nilai hutang kerajaan mencatat kejatuhan, banyak bursa saham terjejas dalam tempoh dua hari ekoran kebimbangan bahawa Trump akan meningkatkan tarif kepada ekonomi terbesar dunia itu.

Rancangannya untuk perbelanjaan besar dan pemotongan cukai juga meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) lebih mendadak berbanding rancangan sebelum ini sekali gus meletakkan dolar melambung tinggi dan memacu pergerakan pasaran baharu muncul.

Bagaimanapun, selepas dua hari bursa serantau terjejas, terdapat pemulihan sementara dengan Hong Kong 0.6 peratus lebih tinggi, Manila naik satu peratus, Jakarta 0.3 peratus lebih tinggi dan Seoul 0.1 peratus lebih kukuh. Singapore naik 0.4 peratus dan Wellington menokok 0.3 peratus.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment