InstaForex

PMI Perkhidmatan China Meningkat Pada Oktober


Sektor perkhidmatan China berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh empat bulan pada Oktober ekoran perningkatan permulaan perniagaan baru sehingga mendorong syarikat untuk mengambil lebih ramai pekerja.

PMI Perkhidmatan Caixin/Markit meningkat kepada 52.4 pada Oktober berbanding bacaan 52.0 pada September, merekodkan bacaan tertinggi sejak Jun. PMI komposit Caixin termasuk sektor perkilangan dan perkhidmatan masing-masing meningkat kepada 52.9 pada bulan Oktober berbanding 51.4 pada bacaan bulan sebelumnya.

Bacaan yang positif, bersama-sama dengan kenaikkan bacaan pembuatan dan perkhidmatan rasmi yang dikeluarkan awal minggu ini, mencadangkan bahawa ekonomi China kini berada dalam keadaan yang stabil.

Tunggakan kerja juga sedikit meningkat, dan menyimpulkan rentetan empat bulan kontraksi. Firma-firma telah melaporkan peningkatan dalam pesanan dan menyebabkan tekanan kapasiti. Firma-firma yang terlibat dalam kaji selidik itu juga mengupah lebih ramai pekerja untuk bulan kedua berturut-turut pada kadar terpantas sejak Januari, walaupun keuntungan mencatatkan bacaan sederhana. Sentimen perniagaan juga bertambah baik dan lebih rancak berbanding bulan sebelumnya.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment