InstaForex

Saham Asia Stabil Pagi Ini Berikutan Cuti Di AS


Saham Asia stabil pagi ini berikutan cuti umum 'Thanksgiving' di Amerika Syarikat (AS), sekali gus menambat lonjakan dolar yang berterusan. Indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.05 peratus.

Ia bersedia untuk menamatkan 0.8 peratus lebih tinggi minggu ini, namun masih kekal rendah kira-kira dua peratus dari penutupnya pada 8 November, sebelum kejutan pilihan raya pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS.

Pentadbiran Trump dijangka meningkatkan perbelanjaan fiskal dan memacu inflasi serta kadar faedah di AS, sekali gus mencetuskan lonjakan dramatik dalam hasil Perbendaharaan AS dan dolar.

Saham pasaran baharu muncul terjejas, dengan Indeks Pasaran Baharu Muncul MSCI (MSCI) jatuh 0.5 peratus pada Jumaat.

Walaupun indeks berkenaan meningkat pada 0.9 peratus untuk minggu ini, ia kekal 5.6 peratus di bawah harga penutupnya pada 8 November.

Sementara itu, Wall Street ditutup pada Khamis sempena cuti Thanksgiving.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment