Saham Sony Corp merosot sebanyak 2.6% ke paras urusniaga harian paling rendah sejak 19 Ogos lalu selepas pengeluar elektronik Jepun mencatatkan keuntungan suku kedua yang lebih rendah daripada yang dijangkakan.
Keuntungan operasi dicatatkan sebanyak 45.7 bilion dalam tempoh itu, lebih rendah berbanding 49.7 bilion yen yang dianggarkan oleh penganalisis. Sementara itu, bahagian permainan yang melaporkan keuntungan operasi sebanyak 19 bilion yen dengan jualan sebanyak 320 bilion yen.
Syarikat itu bergantung kepada produk alat dengar Playstation Maya-Realiti yang dikeluarkan bulan lepas yang mana ia mendorong keuntungan untuk bahagian permainan. Ketua Pegawai Kewangan Sony, Kenichiro Yoshida menyatakan bahawa penghantaran berada pada landasan ke arah mencapai sasaran penghantaran. Namun, syarikat tidak mengeluarkan ramalan untuk peranti VR. Sony mensasarkan sedikit peningkatan di dalam pengeluaran PSVR untuk meningkatkan penghantaran.
Sony turut mengumumkan penjualan bahagian bateri. Tawaran ini bernilai kira-kira 17.5 bilion yen dan akan mengakibatkan pemindahan 8, 500 tenaga buruh, 6.8% daripada 125, 300 pekerjanya.

0 comments :
Post a Comment