InstaForex

Sarkozy Terkeluar Saingan Pilihan Raya Presiden


Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy terkeluar daripada persaingan merebut semula jawatan itu apabila berhadapan kekalahan memalukan dalam pusingan pertama pemilihan parti berhaluan kanan.

Sarkozy berada di tempat ketiga selepas dikalahkan oleh Francois Fillon, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri ketika pentadbirannya, dengan tokoh veteran, Alain Juppe di tempat kedua.

Keputusan mengejutkan itu meletakkan Fillon dalam keadaan selesa untuk pusingan kedua Ahad ini yang dijangka akan menentukan pemimpin Perancis seterusnya.

Dengan parti berhaluan kiri Perancis dalam keadaan kucar-kacir, calon berhaluan kanan dijangka berhadapan dan mengalahkan pemimpin kontroversi, Marine Le Pen dalam pilihan raya presiden Mei ini.

Namun selepas gelombang kuasa rakyat menyaksikan penduduk Britain memilih untuk keluar daripada blok Kesatuan Eropah dan Donald Trump bakal menduduki Rumah Putih, tiada siapa menafikan peluang Le Pen.

Dalam kejutan besar itu, Fillon, memperoleh lebih 44 peratus undian berbanding 28 peratus diperoleh Juppe, bekas Perdana Menteri dan juga Menteri Luar.

Harapan Sarkozy untuk menjadi presiden sekali lagi terhapus apabila cuma mendapat 21 peratus undian, menurut keputusan yang hampir selesai.

Sarkozy segera menyokong Fillon dan berkata akan berundur daripada kehidupan politik. "Saya berjuang dengan bersungguh-sungguh.

Saya tidak mampu meyakinkan pengundi. "Saya amat menghormati Alain Juppe, tetapi pemilihan politik Francois Fillon lebih dekat dengan saya," katanya.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment