InstaForex

Wall Street Melonjak Naik, Diterajui Oleh Sektor Penjagaan Kesihatan


Saham AS diniagakan lebih tinggi, sebagaimana kenaikkan yang direkodkan dalam saham penjagaan kesihatan telah membantu mengimbangi kerugian dalam sektor tenaga.

Harga saham meningkat selepas pengumuman data pertumbuhan AS yang positif, apabila harga minyak turun ke paras yang paling lemah bagi tempoh lebih seminggu disebabkan oleh faktor keraguan OPEC dalam mencapai muktamad perjanjian untuk pengurangan pengeluaran.

Dow Jones industrial average (DJIA) mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.12 peratus kepada 19,121.6. S&P 500 meningkat 0.13 peratus pada 2,204.66 manakala Nasdaq Composite menokok 0.21 peratus kepada 5,379.92.

Tinjauan bagi saham AS meningkat selepas data terkini menunjukkan ekonomi AS berkembang sebanyak 3.2 peratus pada suku ketiga.

Sektor penjagaan kesihatan S&P 500 meningkat sebanyak 0.7 peratus, kerana Alexion Pharmaceuticals, AbbVie dan Centene masing-masing mencatatkan kenaikkan.

Indeks Bioteknologi Nasdaq menokok 0.1 peratus. Peningkatan dalam indeks yang lebih luas didesak oleh penurunan saham tenaga, susut 1.2 peratus dalam S&P 500 sebagaimana kemerosotan harga minyak. Saham Transocean susut 3.3 peratus manakala Marathon Oil jatuh 3.8 peratus.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment