InstaForex

Anda Wajib Baca Jika Berniaga Online


Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mencadangkan aktiviti penjualan barangan dalam talian berorientasikan perniagaan bagi menjana keuntungan dan pendapatan tetap sewajarnya dikenakan cukai.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk individu persendirian yang menjual secara kecil-kecilan dalam talian sebagai hobi kerana ia tidak tergolong dalam pendapatan yang boleh dikenakan cukai.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan PIKOM, Woon Tai Hai, berkata kekeliruan orang ramai yang berpendapat cukai dikenakan kepada semua aktiviti jual beli dalam talian adalah tidak munasabah.

Katanya, kerajaan kini membezakannya menerusi pendaftaran syarikat kerana jika perniagaan dalam talian itu menyumbangkan pendapatan tetap, maka sewajarnya dikenakan cukai dan sekiranya tidak didaftarkan, maka perniagaan itu tidak sah.

"Kita perlu kembali kepada persoalan utama sama ada mereka melakukan perniagaan atau tidak. Sekiranya hanya menjual kerana suka-suka, hobi dan sampingan menerusi dalam talian, maka ia berbeza dan sudah tentu tidak wajar mereka dikenakan cukai.

"Justeru, orang ramai sendiri kena tetapkan sama ada mahu melakukannya sebagai satu perniagaan atau hobi, apatah lagi kini banyak aktiviti jual beli secara sampingan seperti barangan pengguna terpakai dan perkhidmatan secara hobi," katanya pada sidang media prospek Sektor teknologi maklumat, komunikasi dan perkhidmatan (ICT) 2017 di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu bersama Pengerusi PIKO, Chin Chee Seong, melancarkan Laporan Tinjauan Strategik ICT 2016/2017.

Menuju 2017, teknologi termaju ICT seperti Data Besar, Internet Kebendaan dan pengurusan digital dijangka terus menerajui pertumbuhan ICT negara dan mengubah corak perniagaan dunia.

Sektor e-dagang negara akan terus mencatatkan pertumbuhan walaupun pada fasa lebih perlahan berbanding negara jiran Malaysia.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment