InstaForex

Dolar Diniagakan Rendah Menjelang Kenyataan Fed


Dolar AS diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain berikutan ketidaktentuan mengenai Rizab Persekutuan yang mungkin membayangkan dalam satu kenyataan dasar bahawa keuntungan dolar AS telah diperbesarkan, manakala kenaikan dalam harga minyak telah menyokong mata wang-komoditi.

Bank pusat AS secara umumnya dijangka akan menaikkan kadar faedah buat pertama kali pada 2016 dan kali kedua sejak krisis kewangan global. Euro meningkat hampir satu peratus berbanding paras tinggi dolar $ 1.0651.

Dolar diniagakan 0.3 peratus lebih rendah berbanding yen pada paras 115.03. Fokus akan berubah kepada isyarat Fed dalam mengetatkan dasar selanjutnya pada tahun 2017 dan dolar AS melonjak hampir empat peratus berbanding sekumpulan mata wang utama hingga Jumaat.

Indeks dolar jatuh 0.6 peratus pada 100.980. Dolar susut 0.3 peratus berbanding dolar Kanada pada paras harga C $ 1.3140.

Dolar Australia naik sebanyak 0.4 peratus berbanding dolar pada paras harga $ 0.7488, dan dolar New Zealand menokok 0.6 peratus berbanding dolar AS pada paras harga $ 0.7181.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment