
Pasangan mata wang GBP/JPY berada di bawah tekanan dan dijangka akan meneruskan pergerakan menurun.
Pasangan mata wang tersebut mencatatkan pergerakan ke tahap yang lebih rendah dan bahagian bawah yang lebih rendah sejak 16 Dis, dimana gambaran penurunan harga telah mengesahkannya.
Momentum ke bawah diperkukuhkan lagi oleh penurunan moivng average 20 dan 50, yang memainkan peranan sebagai tahap rintangan dan mengekalkan kecenderungan menurun. Indeks kekuatan relatif dihadkan oleh garis arah aliran menurun dan berada di bawah paras neutral pada 50.
Selagi tahap 146.55 kekal sebagai tahap rintangan, mencari penurunan harga seterusnya ke arah 144.90 dan seterusnya 144.50 . Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi.
Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut.
Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 144.90.
Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 144.50.
Titik pangsi kekal berada pada tahap 146.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik.
Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 147.30 dan sasaran kedua pada tahap 147.65.
Tahap rintangan: 147.30, 147.65, 148.15
Tahap sokongan: 144.90, 144.50, 144.00
0 comments :
Post a Comment