InstaForex

Harga Minyak Melonjak 10%


Harga minyak melonjak lebih 10 peratus pagi ini kepada lebih AS$50 setong dan ia dicatatkan tertinggi dalam tempoh sebulan berikutan sebahagian daripada pengeluar terbesar dunia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bagi kali pertama sejak tahun 2008 dalam usaha menyokong harga.

Harga minyak mentah meningkat hampir lima peratus bagi bulan ini. Bagaimanapun, ia tidak mungkin akan terus melonjak lebih tinggi berikutan reaksi kepada perjanjian itu mungkin hanya bersifat sementara, menurut peniaga dan penganalisis.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang menyumbang satu pertiga daripada bekalan minyak global, semalam bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran dari Januari pada sekitar 1.2 juta tong sehari (bpd), atau lebih tiga peratus kepada 32.5 juta bpd.

Pengurangan itu akan meletakkan pengeluaran lebih rendah daripada perjanjian sebelum ini yang dibuat di Algiers pada September, dan akan mengurangkan pengeluaran semasa dari 33.64 juta bpd.

Pemimpin de facto pertubuhan itu, Arab Saudi, berkata ia akan mengambil sebahagian besar daripada pemotongan berkenaan - pengurangan pengeluaran hampir 500,000 bpd kepada 10.06 juta bpd - untuk membolehkan perjanjian itu dilaksanakan.

Iraq, pengeluar kedua terbesar OPEC, yang sebelum ini memberi tentangan mengenai pemotongan pengeluaran itu, bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 200,000 bpd kepada 4.351 juta bpd.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment