InstaForex

Harga Minyak NYMEX Naik 16 Cent Kepada AS$53.18 Setong


Harga minyak AS meneruskan kenaikan pada Selasa selepas dagangan pasca Krismas susulan langkah OPEC dan bukan ahli OPEC bersedia memulakan pemotongan pengeluaran kurang dari seminggu untuk menyokong harga minyak Minyak mentah NYMEX untuk penghantaran Februari naik 16 cent kepada AS$53.18 setong pada 0002 GMT, selepas ditutup tujuh cent lebih tinggi kepada paras tinggi 17-bulan pada Jumaat.

Minyak mentah London Brent untuk penghantaran Februari belum diniagakan selepas ditutup 11 cent lebih tinggi kepada AS$55.16 setong pada Jumaat.

Pasaran minyak ditutup pada Isnin selepas cuti Krismas. Minyak mendapat sokongan dalam tempoh beberapa minggu lalu selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan ahli OPEC bersetuju mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) bermula 1 Januari.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment