InstaForex

Harga Minyak Terus Meningkat Pagi ini


Harga minyak terus mencatatkan peningkatan pada awal dagangan hari ini berikutan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia bersetuju untuk mengurangkan lebihan bekalan minyak mentah global kelmarin.

Penganalisis kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan persetujuan yang dicapai itu. "Ia kelihatan dicapai pada dasarnya, dengan memperlihatkan pihak (terbabit) kekal dengan janji mereka untuk mengurangkan pengeluaran" kata Bank ANZ.

Peniaga berkata, pasaran kekal optimis mengenai persetujuan bersejarah yang dicapai antara OPEC- Russia itu untuk mengurangkan output global dan membantu pasaran minyak kembali seimbang.

"Ini adalah berita positif yang membuatkan perbezaan mapan terhadap pasaran minyak untuk beberapa bulan mendatang," kata Ketua Pakar Strategik Pasaran CMC Markets, Ric Spooner, sambil menambah bahawa beliau tidak terkejut untuk melihat momentum berkenaan berterusan.

Kontrak hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$51.10 setong pada 0037 GMT, naik lima cents daripada paras terakhir ia didagangkan.

Peniaga berkata, perkembangan harga dalam pasaran hadapan minyak mentah dalam beberapa hari akan datang akan membantu mencerminkan optimis pasaran terhadap persetujuan yang dicapai.

Kelmarin, OPEC bersetuju buat pertama kali sejak 2008 untuk mengurangkan pengeluaran.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment