Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menjadi Perdana Menteri pertama negara itu melawat Pearl Harbor, ketika lawatan ke Hawaii bulan ini untuk berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
"Saya akan melawat Pearl Harbor bersama Obama," katanya kepada wartawan dalam satu kenyataan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.
Abe dijangka berada di Hawaii mulai 26 hingga 27 Disember dan akan melawat tapak serangan tentera Jepun pada 7 Disember 1941 yang menjadi pencetus Perang Dunia II di Pasifik.

0 comments :
Post a Comment