InstaForex

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi


Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan sokongan belian lebih baik dan susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan kecairan pasaran tukaran asing.

Pada 9.16 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4270/4310 daripada 4.4300/4340 penutup semalam.

Pedagang berkata, langkah baharu BNM, berkuat kuasa Isnin, diperkenalkan bagi menyokong ringgit dan mengukuhkan permintaan terhadap mata wang tempatan.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1246/1279 daripada 3.1210/1250 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.8929/8974 daripada 3.8866/8929.

Berbanding euro, ia lebih rendah pada 4.7612/7682 daripada 4.7485/7537 dan lebih lemah berbanding pound British pada 5.5979/6057 daripada 5.5778/5833.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment