
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kemajuan dalam sentimen dan pembetulan teknikal dalam dolar AS, kata peniaga.
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.4500/4550 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4660 semalam.
Peniaga berkata, dolar AS sedikit rendah berbanding mata wang lain kerana pelabur berhati-hati menjelang pengeluaran perangkaan pekerjaan AS yang mana akan menetapkan nada pasaran.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1211/1265 daripada 3.1209/1266 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.9107/9179 daripada 3.9080/9131 semalam.
Berbanding euro, ia rendah kepada 4.7446/7504 daripada 4.7420/7483 semalam. Ia meningkat berbanding pound kepada 5.5999/6088 daripada 5.5932/6017 semalam.

0 comments :
Post a Comment