(1).jpg)
Dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain di dagangan Asia, hari ini sementara pasaran ekuiti rendah berikutan ketegangan antara China-AS.
Kejatuhan di pasaran serantau juga menjejaki kelemahan di Wall Street selepas China merampas dron milik Tentera Laut AS di Laut China Selatan.
Pada minggu lalu, dolar AS melonjak selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kos pinjaman dan memberi bayangan tiga kenaikan tahun depan, yang mana mengejutkan ramai pihak yang mengambil kira dua kenaikan.
Pada dagangan tengah hari, dolar AS jatuh berbanding yen, euro dan pound, sementara beberapa mata wang pasaran baharu muncul yang terjejas dengan pengukuhan dolar AS juga meningkat. Bagaimanapun, ringgit mencecah paras rendahnya sejak krisis kewangan asia 1998.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun ditutup negatif, kejatuhan pertama selepas mencatatkan kenaikan sembilan hari berturut-turut.
Indeks itu ditutup rendah 0.1 peratus, dengan Nintendo jatuh lebih tujuh peratus kerana permainan baharunya, Super Mario Run, menerima ulasan kurang memberangsangkan, berbeza berbanding fenomena global yang dicetuskan Pokemon Go awal tahun ini.
Saham firma itu jatuh lebih empat peratus pada Jumaat lalu. Hong Kong ditutup 0.9 peratus lebih rendah, Shanghai jatuh 0.2 peratus, sementara Seoul susut 0.2 peratus.
Terdapat kejatuhan mendadak di Taipei, Jakarta dan Manila. Bagaimanapun, Sydney naik 0.5 peratus berikutan kerajaan terperangkap dengan rancangan untuk kembali bajet kepada lebihan menjelang 2021.
Pada awal perdagangan Eropah, London tidak berubah, Paris jatuh 0.3 peratus dan Frankfurt susut 0.2 peratus.
0 comments :
Post a Comment