InstaForex

Wall Street Meningkat Berikutan Dow Mencatatkan Rekod Tinggi Terbaru


Saham AS diniagakan lebih tinggi, sebagaimana perindustrian Dow Jones mencecah rekod tinggi baru, dengan data sektor perkhidmatan yang positif telah memberikan kekuatan untuk ekonomi domestik.

Wall Street telah meningkat sejak pilihan raya 8 November lalu, didorong oleh jangkaan rangsangan ekonomi dan pengurangan cukai dan peraturan korporat di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.

Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.24 peratus kepada 19,216.24. S&P 500 naik 0.58 peratus kepada 2,204.71 manakala Nasdaq Composite menokok 1.01 peratus kepada 5,308.89.

Kewangan meningkat 1.2 peratus dan menjadi sektor utama S&P terbaik. Saham Goldman Sachs meningkat 2.3 peratus selepas HSBC meluluskan liputan dengan penarafan "beli". Nama-nama besar teknologi telah mendorong saham S&P 500 dan menyokong prestasi Nasdaq.

Amazon.com meningkat sebanyak 2.6 peratus. Sektor kesihatan merupakan sektor yang mencatatkan bacaan paling teruk sebagaimana ia susut 0.2 peratus. U.S. Treasurys diniagakan bercampur-campur, kerana hasil perbendaharaan dua tahun sudah menghampiri 1.12 peratus manakala penanda aras perbendaharaan 10 tahun menghampiri 2.39 peratus.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment