GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga kerana tahap rintangan utama pada 144.10.
Pasangan mata wang tersebut masih dihadkan oleh penurunan moving average 20 dan kekal di bawah.
Sementara itu, indeks kekuatan relatif adalah di bawah 50 dan tidak mempunyai momentum menaik. Selagi tahap 144.10 tidak melakukan penembusan harga ke atas, penembusan harga di bawah tahap 143.15 adalah berkemungkinan.
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut.
Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 143.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 142.85.
Titik pangsi kekal berada pada tahap 144.10. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik.
Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 144.40 dan sasaran kedua pada tahap 144.95.
Tahap rintangan: 144.40, 144.95, 145.40
Tahap sokongan: 143.15, 142.85, 142.00
0 comments :
Post a Comment