InstaForex

Ringgit Rendah Pada Pembukaan


Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS hari ini susulan kekurangan permintaan. Pada jam 9.13 pagi, ringgit disebut kepada 4.4760/4820 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4740 pada penutup Jumaat.

Peniaga berkata, dolar memulakan minggu ini lebih tinggi susulan isyarat tekanan gaji dalam laporan pekerjaan AS bagi Disember yang mana melonjak hasil perbendaharaan.

Hasil nota 10 tahun AS meningkat daripada 2.33 peratus kepada 2.42 peratus. Harga minyak lebih rendah menyaksikan peniaga tidak memasuki pasaran.

Harga minyak dilaporkan susut pada awal dagangan hari ini selepas Iran meningkatkan eksport, melemahkan usaha oleh pengeluar minyak yang lain untuk membendung lebihan bekalan bahan api global.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1088/1136 daripada 3.1176/1213 minggu lalu dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.8181/8242 daripada 3.8550/8586.

Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.4880/4981 daripada 5.5373/5428 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7155/7236 daripada 4.7388/7438.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment