InstaForex

GBPUSD - 06.02.2017


Pasangan mata wang GBP/USD telah melakukan pergerakan dalam arah aliran menaik dari tahap sokongan 1.2473, 1.2380 dan 1.2287 sejak minggu lepas. Tiada perubahan arah aliran dalam prospek teknikal kami. Kecenderungan kenaikan harga mengukuh dalam jangka masa pendek bagi menguji tahap 1.2681 atau lebih tinggi. Pada masa ini, harga berada dalam saluran kenaikan harga. Ini disahkan oleh penunjuk isyarat RSI bahawa pasaran harga masih dalam arah aliran menaik. Kerana harga masih di atas moving average (100), sokongan serta-merta dilihat pada tahap 1.2380 dan 1.2473, manakala kekuatan tahap sokongan mingguan didapati pada tahap 1.2287. Oleh itu, sokongan pertama ditetapkan pada tahap 1.2380. pasaran harga mungkin menunjukkan tanda-tanda arah aliran menaik di sekitar tahap 1.2380-1.2450. Dalam erti kata lain,pesanan membeli dicadangkan di atas tahap 1.2450 dengan sasaran pertama pada tahap 1.2605. Tambahan pula, jika arah aliran ini menembusi tahap rintangan pertama pada 1.2605, kita akan melihat pergerakan menaik bagi pasangan mata wang tersebut ke arah double top (1.2774) untuk menguji pada masa akan datang. Oleh itu, pasaran menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap sokongan 1.2380-1.2450, untuk prospek kenaikan harga masih kekal selagi EMA 100 melakukan pergerakan ke atas. Kedudukan stop lossperlu dipertimbangkan ; dimana ia perlu ditetapkan di bawah tahap sokongan kedua pada 1.2287.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment