Ekonomi EU dijangka akan merosot pada tahun 2017 dan kembali pulih pada 2018, manakala ekonomi British akan mengurangkan hampir separuh pertumbuhan pada tahun yang berikutnya. Suruhanjaya Eropah melaporkan pada Isnin bahawa ia menjangkakan perkembangan di 19 negara akan jatuh kepada 1.6% tahun ini daripada 1.7% pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, ia akan pulih pada 2018 apabila KDNK di rantau ini naik 1.8%. Suruhanjaya tersebut mengubahsuai ramalan untuk 2017 dan 2018 berbanding bacaan terdahulu yang telah dikeluarkan pada November lalu apabila KDNK zon euro itu dijangka menokok 1.5% dan 1.7% pada tahun 2017 dan 2018, masing-masing. EU menyatakan ia adalah lebih baik daripada prestasi yang dijangka pada akhir tahun sebelumnya dan satu permulaan yang agak kuat pada tahun ini bagi menyemak semula ramalan, walaupun keraguan dalam ekonomi dan ancaman politik ekoran kemungkinan rundingan Brexit dan pilihan raya di kebanyakan negara-negara EU. Sementara itu, agensi EU meramalkan bahawa inflasi di zon euro akan meningkat sebanyak 1.7% pada tahun ini. Tetapi ia dijangka merosot dalam tahun yang akan datang kepada 1.4%. Teras inflasi, tidak termasuk harga yang tidak menentu, dijangka meningkat perlahan-lahan.
Kesatuan Eropah Menjangkakan Ekonomi Akan Melemah Pada Tahun Ini

0 comments :
Post a Comment