InstaForex

Wall Street Ditutup Sedikit Berubah Menjelang Laporan Pekerjaan


Saham-saham Amerika Syarikat (AS) sebahagian besarnya ditutup mendatar berikutan tindakan para pelabur yang menunggu laporan pekerjaan pada Jumaat, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat di antara pentadbiran Trump dan kuasa global yang lain. Data pekerjaan terkini mencatatkan peningkaran, sebagaimana Moody dan ADP melaporkan bahawa syarikat-syarikat swasta menambah 246,000 peluang pekerjaan pada bulan sebelumnya, mengatasi ramalan. Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.03 peratus dan berakhir pada 19,884.91, sebagaimana Caterpillar mencatatkan kerugian manakala Merck merupakan saham dengan keuntungan paling banyak. S&P 500 naik 0.06 peratus pada 2,280.85, dengan sektor hartanah telah mendorong kenaikkan pada enam sektor lain sementara sektor telekomunikasi mengalami kerugian. Komposit Nasdaq susut 0.11 peratus kepada 5,636.20. Saham Facebook turun 1.7 peratus kepada $130.96 selepas merekodkan kecemerlangan apabila harga mencecah rekod paras tertinggi pada $135.49, walaupun keputusan positif melebihi pendapatan dan ramalan pendapatan. Saham Macy meningkat 5.2 peratus kepada $30.73.Ssaham mencapai puncak $31.06 dan jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata sepuluh hari terakhir. Saham Mead Johnson Nutrition melonjak 22.3 peratus berikutan kenyataan Reckitt Benckiser bahawa ia juga sudah memulakan rundingan untuk membeli syarikat dengan kos berjumlah $16.7 bilion. Laporan yang dikeluarakn oleh kumpulan syarikat, termasuk Amazon.com, Amgen dan Visa, dijangka akan menarik perhatian pelabur selepas pasaran ditutup.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment